BLOGGER TEMPLATES AND Friendster Layouts »

Saturday 28 April 2012

Masalah tid0 yg mElampau

Ketika saat jari sedang menepuk keyboard ni, hati terdetik bahawa sudah lama hamba tidak membersihkan sawang2 yang penuh berada di laman blog hamba yang serba kekurangan ini...


hamba sebenarnya sudah tidak tahan lagi dengan masalah tidak dapat tidur yang hamba alami sejak minggu lepas.. apakah sebenarnya yang melanda diri ini? adakah sesiapa dapat membantu hamba menjawab soalan yang sedang bermain di fikiran hamba saat ini? ya sudah tentu tidak ada yang bukan? makna nya hamba perlu lah meneruskan pencarian jawapan kepada persoalan yang timbul dalam hidup hamba ini..

Ya Allah...
bantu lah hamba Mu ini....

apa la yang aku merepek ni...tak dapat tid0 punya pasal sampai nak gila dah aku rasa...baayangkan dalam seminggu ni aku tak dapat tid0 lebih dari 3 jam??
orang gila pun tak mampu buat macam mana aku buat sekarang ni tau..

so..dah alang kepalang tak dapat tid0 ni..aku pun apa lagi..ambik kesempatan lepak kat balkoni umah kat ampang ni.. sedikit sebanyak dapat jugak tengok panorama jam 4.30 pagi.. PANORAMA??

yup...panorama...panorama yang aku rasa kan biasa bagi warga kota di sini.. tambah pula hari ni kebanyakan pekerja sudah menerima wang gaji mereka.. nak tambah lagi, esok hari sabtu..jadi kebanyakan mereka juga bercuti pada hari itu.. 

tapi persoalan yang timbul.. kemana agaknya mereka pada waktu sebegini baru teringatkan rumah?? mungkinkah rumah hanya menjadi tempat persinggahan untuk melepaskan penat lelah setelah seharian merayau entah kemana??

kebiasaannya, golongan muda akan mengambil kesempatan ini untuk mengunjungi kelab-kelab malam.. bukan menuduh..tapi bedasarkan pengalaman pemerhatian.. betul.. ramai warga kota kini sudah lupa bahawa arak itu haram dari sisi agama Islam kita.. untuk mencari warga kota yang menegakkan hukum Islam yang ini sudah susah untuk ditemui di sekitar kawasan ini. Mana hilangnya agama yang telah diterapkan oleh Rasulallah SAW??

warga kota telah menjadikan arak sebagai minuman harian mereka.. MasyAllah... mana hilangnya umat Islam di muka bumi ini??

WARGA KOTA...
ya.. warga yang telah banyak memperlihatkan aku tentang kes-kes dan masalah yang dihadapi. perempuan dengan pakaian yang tidak cukup kain, botol arak ditunggang umpama botol mineral, pelacur bergelimpangan di tepi2 jalan, perempuan dengan rokok, dadah dan macam-macam lagi yang dapat aku lihat tatkala berada di kota yang dikatakan tempat pembangunan pesat.. kota yang menjadi ibu negara kepada Malaysia ini...dimanakah letaknya imej negara yang disanjung tinggi oleh kerajaan? ibu kota yang dibanggakan oleh masyarakat yang berada di luar bandar..

bagi aku, biar lah masyarakat luar bandar kekall dengan keadaan mereka sekarang.. hidup dalam keadaan serba sederhana.. untuk apa kita jadi seperti ibu kota? tak perlulah kita menambahkan lagi bilangan masalah yang sekian hari bertambah di kota yang maju ini..

#coretan xboleh tid0..maaf kepada sesiapa jua yang tidak senang dengan post ini.

0 comments: